Thursday, March 29

Unemployment After Graduation ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah setahun lebih berhenti kerja dan sambung belajar, rasa terfikir semula course yang diambil kat universiti tak sama dengan position job masa kerja dulu. Dari fakulti sains gunaan and suddenly dapat kerja as Human  Resources. Zero knowledge about HR but I've learned a lot about this field semasa bekerja.

At the age of 2x . i was play a role as HR. So from my observation after being HR in company. Nak share macam mana company tu accept candidate yang berjaya. I've reject many candidate during interview session. Tapi sebelum start share tips, ada beberapa web yang boleh digunakan untuk apply kerja. Ini antaranya okay.

Job Application





so basically semasa nak apply job dalam web job hunting ni, dia akan minta korang untuk write a summary about your self. maximum word 300. So boleh explain kat situ. BUT jangan sesekali bagi ayat yang memuji diri sendiri. contoh ayat "saya rajin......"sebaiknya explain :
- dari ipt apa
-main course
-major in what?
-experience work
-ability
-internship?
-period of internship/prev work

during job invitation
and please  alert call bila dapat call daripada company. Pengalaman aku sebagai HR, call candidate yang apply kerja. like usually office hour start 8am-5pm..and during that time,bila-bila masa je aku call candidate. "hai/assalamualaikum, saya dari company xxxxxxxx. tempoh hari (nama) ada apply.....". So antara respon panggilan yang aku dapat 

  1.  "emmm, ni siapa ye? (suara bangun tidur) company nama apa? sorry call balik semula boleh?"
  2. "(bunyi bising) hallo kakak, kakak apa nama? gaji berapa kakak?"
  3. "ye betul ni nombor (nama) tapi ini mak dia, pak dia, nek dia, abang dia"
  4. "saya ada isi ke ? saya lupa la miss"
  5. "kejab ye, saya panggil dia..tuutttuttuutt"
  6. "kalau saya datang start kerja lagi seminggu takpe ke sebab...."
macam-macam karenah aku dapat sepanjang call mereka yang nak berkerja tapi effort tu mana ? sekadar tulis form kerja kosong then lupakan macam tu je ke ? Do you expect yang company tu akan tunggu your so-called typical reason untuk diaorang punya inerview? a big NO. please noted nama company semasa apply so that tak ada masalah semasa invitation interview.

Interview Session
during interview, please please please..mind your body movement please. terlalu banyak pergerakan menampakkan candidate tak berapa confident like main goyang kaki, main pen, main kuku. selebihnya soalan-soalan semasa iv boleh lah rajinkan diri google. ada yang lebih baik semasa iv, antaranya :

-pakaian warna biru lebih nampak confident
-bawa pen sendiri
-study pasal company tersebut
-datang awal sebelum interview
-kalau boleh, failkan dokumen-dokumen mengikut susunan.

Resume / Curriculum Vitae
resume and cv (curriculum vitae) 2 jenis dokumen yang berbeza. Resume only 1 piece of paper while cv u got 2 and more pages. Details dalam 2 jenis dokumen ni pun berbeza. Jangan keliru okay. Most of candidate yang datang iv, bila tanya cv and resume mesti jawapan "cv ialah resume". Boleh google kalau nak tahu perbezaan cv and resume. If you don't understand about this things,kindly ask me. Satu lagi kesalahan yang banyak dilakukan oleh candidate pada bahagian "reference", jangan letak parent/family/friend sebagai reference. Unless one of them "director" at one company. Kalau yang pernah intern tu, letak nama supervisor. Kalau yang pernah bekerja, letak nama ex-manager. Kalau tak pernah bekerja langsung? get your job now !

Email
bila nak apply kerja tu, letak nama email yang matang. jangan "cumicumi@yahoo.com". Nak main chat atau nak minta kerja? atleast create satu email yang boleh digunakan untuk apply kerja supaya memudahkan urusan. 

Even I don't take this field course in university, but I've practice the task of HR from my prev works. Semoga berjaya and dapat kerja yang diimpikan ;) !!

*aku ada buat resume/cv, tapi tak buatkan untuk orang. Just template. Do ask me if you want as reference

*Cover letter must be attach together with CV. 



No comments:

Post a Comment