Thursday, March 29

Unemployment After Graduation ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah setahun lebih berhenti kerja dan sambung belajar, rasa terfikir semula course yang diambil kat universiti tak sama dengan position job masa kerja dulu. Dari fakulti sains gunaan and suddenly dapat kerja as Human  Resources. Zero knowledge about HR but I've learned a lot about this field semasa bekerja.

At the age of 2x . i was play a role as HR. So from my observation after being HR in company. Nak share macam mana company tu accept candidate yang berjaya. I've reject many candidate during interview session. Tapi sebelum start share tips, ada beberapa web yang boleh digunakan untuk apply kerja. Ini antaranya okay.

Job Application





so basically semasa nak apply job dalam web job hunting ni, dia akan minta korang untuk write a summary about your self. maximum word 300. So boleh explain kat situ. BUT jangan sesekali bagi ayat yang memuji diri sendiri. contoh ayat "saya rajin......"sebaiknya explain :
- dari ipt apa
-main course
-major in what?
-experience work
-ability
-internship?
-period of internship/prev work

during job invitation
and please  alert call bila dapat call daripada company. Pengalaman aku sebagai HR, call candidate yang apply kerja. like usually office hour start 8am-5pm..and during that time,bila-bila masa je aku call candidate. "hai/assalamualaikum, saya dari company xxxxxxxx. tempoh hari (nama) ada apply.....". So antara respon panggilan yang aku dapat 

  1.  "emmm, ni siapa ye? (suara bangun tidur) company nama apa? sorry call balik semula boleh?"
  2. "(bunyi bising) hallo kakak, kakak apa nama? gaji berapa kakak?"
  3. "ye betul ni nombor (nama) tapi ini mak dia, pak dia, nek dia, abang dia"
  4. "saya ada isi ke ? saya lupa la miss"
  5. "kejab ye, saya panggil dia..tuutttuttuutt"
  6. "kalau saya datang start kerja lagi seminggu takpe ke sebab...."
macam-macam karenah aku dapat sepanjang call mereka yang nak berkerja tapi effort tu mana ? sekadar tulis form kerja kosong then lupakan macam tu je ke ? Do you expect yang company tu akan tunggu your so-called typical reason untuk diaorang punya inerview? a big NO. please noted nama company semasa apply so that tak ada masalah semasa invitation interview.

Interview Session
during interview, please please please..mind your body movement please. terlalu banyak pergerakan menampakkan candidate tak berapa confident like main goyang kaki, main pen, main kuku. selebihnya soalan-soalan semasa iv boleh lah rajinkan diri google. ada yang lebih baik semasa iv, antaranya :

-pakaian warna biru lebih nampak confident
-bawa pen sendiri
-study pasal company tersebut
-datang awal sebelum interview
-kalau boleh, failkan dokumen-dokumen mengikut susunan.

Resume / Curriculum Vitae
resume and cv (curriculum vitae) 2 jenis dokumen yang berbeza. Resume only 1 piece of paper while cv u got 2 and more pages. Details dalam 2 jenis dokumen ni pun berbeza. Jangan keliru okay. Most of candidate yang datang iv, bila tanya cv and resume mesti jawapan "cv ialah resume". Boleh google kalau nak tahu perbezaan cv and resume. If you don't understand about this things,kindly ask me. Satu lagi kesalahan yang banyak dilakukan oleh candidate pada bahagian "reference", jangan letak parent/family/friend sebagai reference. Unless one of them "director" at one company. Kalau yang pernah intern tu, letak nama supervisor. Kalau yang pernah bekerja, letak nama ex-manager. Kalau tak pernah bekerja langsung? get your job now !

Email
bila nak apply kerja tu, letak nama email yang matang. jangan "cumicumi@yahoo.com". Nak main chat atau nak minta kerja? atleast create satu email yang boleh digunakan untuk apply kerja supaya memudahkan urusan. 

Even I don't take this field course in university, but I've practice the task of HR from my prev works. Semoga berjaya and dapat kerja yang diimpikan ;) !!

*aku ada buat resume/cv, tapi tak buatkan untuk orang. Just template. Do ask me if you want as reference

*Cover letter must be attach together with CV. 



Monday, June 5

Cara memohon transkrip UiTM

Assalamualaikum

**Maaf atas kelewatan update post yang terbaru. Untuk pengtahuan readers, cara memohon TRANSKRIP secara online sahaja**





**HARAP MAAF,CARA DIBAWAH TIDAK AVAILABLE UTK PERMOHONAN TRANSKRIP**

Alhamdulillah, selepas 3 tahun belajar level diploma akhirnya habis jugak.
proceed...

Lepas final result keluar, dah boleh minta transkrip and surat tamat belajar, Kalau sebelum ni nak jana bil kena call SAAS, tapi sekarang sistem lebih mudah hanya dihujung jari.

Step 1
Pergi ke  SINI untuk isi borang penjanaan bil.


image 1

image 2

Step 2
Tunggu email daripada bendahari uitm. Cara pembayaran boleh melalui ATM Bank Islam atau Online Banking.
**simpan slip bayaran

Step 3
download borang permohnan transkrip dan borang pengesahan pelajar (tamat belajar) . Open file guna Adobe Acrobat Reader DC. Click fill & sign kat sidebar. Save.

Step 4
pergi web uitm direktori staff , cari incharge fakulti sendiri yee. An example of mine dari Fakulti Sains Gunaan...


Step 4
dah cari staf bertugas, hantar email dan attach kan sekali 

i) resit bayaran
ii) borang permohonan transkrip
iii) borang pengesahan pelajar (tamat belajar)


Ok done ! tunggu transkrip sampai rumah .

Sebarang pertanyaan untuk bil boleh direct call :

SAAS : 03-55443361/3441

Sunday, December 25

Supplementary Examination UiTM


Assalamualaikum...

selepas result final exam keluar on 15th november, Alhamdulillah ada yang okay and ada yang tak okay sampai perlu amik supplementary paper (supp paper) a.k.a peperiksaan khas ! me include kategori tersungkur dihujung jalan. Dah last sem sebelum intern, ada subjek yang failed.

to be honest masa dapat tahu gagal satu subjek, rasa down sangat sampai tak boleh tidur..nak nangis pun tak guna sebab dah jadi. Alhamdulillah masih ada parent yang bagi semangat and kawan yang terdekat yang sanggup jumpa ontime sebab nak pass buku MGT. and actually subjek yang gagal tu ialah management 126. not to forget 'dia' yang tengah kat Jepun bg kata-kata yg boleh redakan rasa sedih tu even banyak kena perli. but I knew that he is trying to make me feel better. Thanks jugak pada lectures yang bantu and permudahkan segala urusan saya .

tapi UiTM baik bagi peluang kat student final sem untuk amik exam sekali lagi (thankyou UiTM).
Lepas dapat recommended dari orang sekeliling, dah decide untuk amik exam MGT dalam masa 2 minggu lepas result final exam keluar. mula-mula agak tak yakin sebab 100% mark from paper. How can I score that hundred mark ?

So my first step during supp paper, register kat student portal 2 hari lepas result keluar (thanks Amira Mohd. Khalid for keep remind me and Jiha Khalid for mental support).

Lepas register, check kat student portal sama ada bil dah boleh dijana atau belum.selalunya 4 hari selepas register..so my bill will look like. Bil dibayar thru atm machine atau manual ke kaunter.




So, boleh dah start study.. thanks to Ayu Amira sebab pos buku jauh dari Pinang and classmate lain yang sanggup layan karenah saya sebab sibuk suruh snap paper mgt final exam yang lepas (especially Izaty Suriani). Dalam tempoh study tu, search lah mana-mana source about supp paper. bila jadual keluar, apa yang perlu dibawa and tanya pada student yang pernah amik supp paper. 

 credit to my classmate NurNadira. thankyou

I got information about supp paper from Nad thru whatsapp's group. alhamdulillah semakin dipermudahkan. dalam 2 minggu study, buat "perintah berkurung" kat diri sendiri. no mall , no movie , no outing and so on. On 24th November, call HEA bahagian peperiksaan (UiTM kampus masing-masing) tanya jadual and my exam will be seat on 30th November, Wednesday.

masa hari amik exam, datang ke HEA untuk serahkan bil bayaran RM100 tu (kebanyakan semua UiTM buat mcm ni). sempat jugak staff kat situ tanya kenapa boleh gagal and dapat gred apa. (i was like.....okay). dalam DK cuma ada 8 orang je! most of them subjek yang ada calculation. waktu nak jawab paper, dah serahkan and redha apepun yang jadi untuk result nanti. (thanks to Azizah Suratman sanggup teman menginap kat Jengka)

****
22th December, dapat email dari SALAM (the most scary sender for UiTM student i guess hehe). Alhamdulillah lulus supp paper gred C (maximum gred untuk supp paper C). Rasa bersyukur sangat-sangat...dah boleh intern dengan tenang and valid register course.


"tak feel success tu kalau tak pernah rasa gagal"- F

**JANGAN AMBIL CONTENT ORANG LAIN UNTUK KEGUNAAN DIRI SENDIRI. USE YOUR OWN WORD.






Saturday, July 23

Ikhlas


Bismillah......

Ikhlas

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau sebaik-baik perancang. Engkau yang terdekat denganku dan aku dapat merasakan Engkau lebih dekat dari zarah-zarah dalam darahku. 

Ya Allah, pada saat ini..aku berada dititik terendah dalam hidupku. terendah yang tak pernah aku rasakan. Dunia aku seakan gelap seketika, dengan nama-Mu, aku tersangat rapuh yang tak dapat aku ungkapkan dengan percakapan. Tanganku bergetar, dadaku sesak, airmata aku jatuh tak berhenti. Sungguh Engkau sedang mengujiku. Kau sedang menguji kesetiaanku. Kau sedang menguji sayang yang aku khaskan untuk satu hamba-Mu ini. Ya Allah, ingin aku berulang katakan yang aku sangat rapuh..rapuh..

Apa sebenarnya takdir yang Engkau dah tuliskan untuk aku? apa sebenarnya jalan cerita hidup aku yang telah Kau wujudkan? aku terlalu setia sehinggakan aku begitu bodoh menanti dia.  Ternyata aku hidup dan setia sendiri. 

Hari ini, aku nampak dia, Ya Allah. Aku nampak gambar-gambar dia nikah dengan yang lain.Selepas hampir dua tahun aku menanti khabar dia. Ya Allah, bergetar tanganku menaip nukilan ini. teramat sakit...sakit yang tak pernah aku rasakan seumur hidup. Allah Azza Wajalla, Engkau pemilik hati. Tutuplah serapatnya hati ini dan jangan seskali sisakan walau sekecil zarah untuk dia..dia yang pergi selamanya. Pada saat ini, tiada yang lain aku minta selain berikan aku kesihatan, kewarasan akal dan.....kebahagian hidup yang hakiki. Aku merasakan begitu sakit, aku setia menunggu dia..sedangkan selama ini dia dah berbahagia dengan sang isteri. Allahuakbar, perih nukilan kali ini. Aku kuatkan untuk tulis nukilan kali ini supaya menjadi pengajaran dalam hidup aku. 

Allah Tuhanku yang Maha Mengetahui, sungguh akal manusia sangat rendah sehinggakan aku tidak tahu seperih ini, sesakit ini dan sehancur ini yg aku rasakan. Ini adalah titik terendah dalam hidupku. beri aku kekuatan sehingga aku lupa semua ini pernah terjadi dalam hidup. Pada saat ini, akan aku anggap dia telah mati. Dan yang hidup bukan lah Khairul Watan.

Ya Allah Sang Pemilik Hati, jadikan kehidupan dia bahagia dunia akhirat bersama isteri pilihannya, jauhkan dirinya dari rasa sedih dan kecewa, jadikan perjalanan rumahtangganya jernih dan berkah, permudahkan segala urusan dia, dan gantikanlah kesedihan dia yang lalu kepada bahagianya hidup setelah berumah tangga sehingga dia lupa dirinya pernah kenal dengan seorang perempuan yang pernah sakiti dia. Aku kirimkan dia di bawah lindungan dan jagaan-Mu Ya Allah. 

ya Allah, jika ini cara Engkau menyayangiku dengan menguji mengambil orang yang aku perlukan dalam hidup, aku ikhlas. aku terlalu hancur sehingga aku tak mengharapkan apa-apa selain keredhaan-Mu. Pudarkan dia dari ingatan aku, dan hilangkan sepenuhnya apa yang aku simpan saat ini. Jadikan hati aku kosong sekosongnya dan hanya Engkau yg layak. Perjalanan ini begitu panjang, dan pengakhirannya begitu sakit tapi Allah Maha Mengetahui. Aku percaya apa yang Allah takdirkan untuk aku saat ini adalah yang terbaik.


Aku ikhlas melepaskan dia dari hidup bermula diakhir tulisan ini. 

Sunday, December 6

Forgiveness


"You will never know the struggle of me to be a good friend on your eyes. But it never happen till you give a chance to yourself for forgiveness"


Ya Allah, jauhkan aku dari rasa putus asa ini. Tenangkan aku dengan nikmatMu yang lain. Janganlah Engkau biarkan aku terlena dalam kesusahan yang membawa kesan buruk dalam diriku. Jadikan aku seorang hamba yang kuat untuk menghadapi ujian hidup. Sesungguhnya Engkau lebih besar dari segala masalahku. 

****

1 semester dah berlalu, keadaan masih tak berubah. penuh dengan rahsia dan umpatan. rasa tidak puas hati masih lagi lekat dalam diri masing-masing. entah sampai bila nak selesai. atau biarkan masalah selesai dibawa waktu ? tepuk dada tanya selera. tak ada apa yang penting saat ini daripada memperbaik semula keadaan yang dah musnah. hubungan yang mulai renggang dan tiada kepastian dan jaminan untuk berbaik.. sejujurnya, rindu masa berbaik dulu. sampai satu saat, airmata yang ceritakan mcm mana rindunya nak berbaik. Semoga kita dapat menerima kekurangan masing-masing.

Friday, October 23

Perginya Seorang Sahabat


Bismillah....

pada 21/10/2015 , seorang sahabat telah pergi menghadap Ilahi. Arwah seorang yang baik, suka menolong, jauh sekali dari sikap sombong, Allah lebih sayangkan dia, seawal usia 19tahun, dia telah bergelar arwah.

"syaa, yik meninggal" -A ,
siapa yang tak terkejut bila buka whatsapp dapat berita kawan dah "pergi"..
walaupun kenal tak sampai setahun, tapi hubungan persahabatan tu sangat terasa.


Al-Fatihah untuk Muhammad Arief Bin Che Mat

Thursday, October 8

Si Kuda Laut


Bismillah...

Tetapkan pada hati supaya belajar menerima, belajar redha dengan ketentuan Allah,
dan yang paling penting, belajar mengikhlaskan dia. 
Bukan senang, memang prinsip tu orang tahu..tapi belajar mencuba. 
Inshaallah dipermudahkan. 

Sungguh aku rapuh, aku tidak tahu keberadaanmu, aku mencari tapi engkau menghilang.
Aku menunggu setiap saat khabar dari engkau, tapi tiada walau satu. 
Sampai saat ini, aku masih mengharap engkau datang mencari aku.
Beri aku satu lagi ruang untuk betulkan semua situasi kita.
Aku tak akan berhenti berdoa untuk kita walaupun pada saat ini aku tak tahu..
aku tak tahu engkau dimana, bagaimana khabar engkau, apa yang sedang engkau buat.

Aku mengakui kesalahan aku yang terleka pada ramahnya orang lain.
Aku memandang orang lain seperti permata sedangkan dia adalah duri. 
Dan engkaulah permata yang terbaik pada saat ini. Dimanakah engkau?
Kenapa engkau tak mencari aku?

Aku berharap engkau masih setia saat ini walaupun kita dah tak saling tahu.
Entah, aku tak tahu engkau dimana. Aku masih mengharapkan engkau hadir dan kita betulkan semula kayu yang rapuh.